TechSemut Malaysia

Xiaomi Melancarkan Mi Gaming Mouse – Tetikus Memfokuskan Permainan Video

Xiaomi Melancarkan Mi Gaming Mouse – Tetikus Memfokuskan Permainan Video

Xiaomi Melancarkan Mi Gaming Mouse – Tetikus Memfokuskan Permainan Video
Jun 08
05:40 2018

Tahun 2018 adalah tahun di mana banyak pengeluar memfokuskan kepada tema gaming. Antara pengeluar yang melakukan sedemikian adalah Xiaomi. Sebelum ini mereka telah melancarkan telefon pintar gaming Black Shark. Lebih kurang 2 bulan lepas mereka mula menjual set fon kepala khusus untuk peminat permainan video. Melengkapkan lagi tema produk gaming ini adalah, tetikus khas untuk permainan video – Mi Gaming Mouse.

Mi Gaming Mouse ini mempunyai dua pilihan penyambungan, sama ada berwayar atau juga tanpa wayar. Tetikus gaming Xiaomi ini mempunyai DPI sehingga 7200 dan turut mempunyai 5 butang yang boleh diprogramkan. Dua butang di bawah roda tatal adalah untuk melaras DPI. Selain itu, butang pada tetikus ini juga turut boleh memaparkan nilai DPI pada skrin komputer pengguna. Lebih menarik, apabila sedang bermain permainan video – salah satu butang ini boleh digunakan untuk terus tukar kepada mod membidik untuk menembak dengan lebih tepat.

Seperti tetikus Xiaomi lain, hampir keseluruhan rangka tetikus ini adalah plastik. Di kawasan roda tatal pula terdapat lampu berwarna hijau. Tetikus ini mula di jual di Cina pada harga RMB249 (~RM155) sahaja.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com