Sejak kebelakangan ni Xiaomi mula menawarkan peranti dan aksesori untuk peminat permainan video. Terkini mereka melancarkan sebuah “pelapik tetikus pintar” yang bukan sahaja menyokong sistem lampu RGB malah turut mempunyai sistem pengecasan tanpa wayar terbina.

Xiaomi Mi Smart Mouse Pad mengecas menggunakan format Qi pada tetapan 7.5 W. Sekiranya ia mengesan haba yang tinggi sistem pengecasan akan dihentikan secara automatik. Sistem lampu RGB menyokong sehingga 16.8 juta warna bagi membolehkan pemain mengkustomasi nyalaan lampu ketika sesi permainan video mereka. Terdapat tombol pada buku kanan yang digunakan untuk mengawal warna lampu atau mengawal tahap suara PC. Pelapik tetikus ini dijual pada harga RMB 249 (~RM 152).

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.