Xiaomi Melancarkan Power Bank Dengan Pemanas Terbina

Xiaomi tidak akan berhenti melancarkan produk-produk pelik atau produk yang berada di luar jangkaan. Baru-baru ini, Xiaomi telah pun melancarkan mesin penyediaan sarapan dengan kerjasama bersama jenama Domlin.

Terkini, Xiaomi telah melancarkan power bank yang turut mempunyai pemanas terbina. Sudah tentu, power bank ini bukan untuk pengguna di Malaysia – tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di negara yang ada musim sejuk. Power bank ini mempunyai kapasiti bateri 5000mAh dan badannya dibina dari aluminium agar ia mudah untuk mengalirkan haba. Haba yang boleh dijana adalah 52 darjah dan ia boleh memanas dalam masa hanya 5-saat. Rekaan keseluruhan kelihatan seakan radio retro, terdapat dua butang, kekisi haba dan juga skrin memaparkan suhu dan juga baki bateri.

Power bank ini dilihat tidak mempunyai sebarang piawaian pengecasan pantas. Tetapi ia mempunyai sistem keselamatan untuk menghentikan pengecasan jika peranti sudah dicas sehingga 100%. Warna yang ditawarkan adalah hijau, merah jambu dan merah dan harga jualan adalah 138 Yuan sahaja (~RM82).

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.