Pada awal pagi ini, kerajaan Amerika Syarikat telah menambah syarikat Xiaomi dibawah senarai yang disenarai hitamkan – sekaligus memerlukan semua pelabur dari Amerika Syarikat pada syarikat berkenaan untuk melupuskan pegangan dalam tempoh yang diberikan.

Perkara ini sekaligus memberikan impak terhadap harga saham Xiaomi – sekaligus ramai turut tetanya-tanya berkaitan dengan perancangan masa hadapan syarikat berkenaan yang mungkin sukar untuk terus memperluaskan pasaran.

Memberikan respon terhadap penyenaraian hitam oleh Amerika Syarikat ini, Xiaomi mengatakan mereka menawarkan produk dan perkhidmatan untuk kegunaan orang ramai dan juga komersial.

Xiaomi turut mengesahkan yang mana mereka tidak dimiliki atau dikawal atau terkait dengan ketenteraan China, dan ia bukanlah sebuah “Syarikat Komunis Ketenteraan China” seperti yang diperkatakan oleh Amerika Syarikat.

Xiaomi turut mengatakan mereka akan mengambil langkah sepatutnya dalam melindungi kepentingan syarikat dan juga pemegang saham mereka.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.