Pengeluar telefon pintar sering hadir dengan penggunaan teknologi dan konsep yang boleh diimpleentasikan pada pengeluaran mereka, sekaligus mempatenkan rekaan berkenaan. Xiaomi turut tidak ketinggalan, dan kini telah memfailkan paten untuk sebuah konsep rekaan peranti menarik.

Melalui rekaan paten yang hadir ke arena web ini, ia memperlihatkan Xiaomi bereksperimen dengan rekaan telefon yang membolehkan pengguna mengeluarkan kamera belakang. Ia mungkin dijayakan dengan sebuah modul kamera belakang yang boleh ditanggalkan, dan digunakan untuk rakaman gambar daripada pelbagai sudut yang lebih menariik.

Modul kamera belakang ini juga dijangka boleh dialihkan untuk rakaman swafoto – sekaligus membuatkan penawaran telefon dengan skrin menyeluruh – dan pada masa sama menawarkan kualiti rakaman swafoto dan video yang baik melaluinya.

Selain Xiaomi, sebelum ini Vivo dan Oppo turut telah memperlihatkan rekaan paten yang sama pada telefon pintar.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.