Xiaomi sedia mempunyai penawaran fon telinga nirwayar dinamakan Mi AirDots 2s. Terbaru, hari ini mereka memperkenalkan versi fon telinga pada harga lebih rendah berbanding dengannya, iaitu Mi AirDots 2 SE.

Mi AirDots 2 SE

Mi AirDots 2 SE hadir dengan sokongan rangkaian Bluetooth 5.0 bagi memudahkan sambungan ke peranti mudah-alih anda, hadir dengan penawaran bateri sehingga 5 jam – dan boleh dicas menggunakan bekas kerangka khas untuknya.

Fon telinga ini hanya menawarkan sokongan codec AAC sahaja, dan tidak menawarkan sokongan untuk audio berdefinisi tinggi LDHC Hi-Res.

Xiaomi turut menawarkan pengoptimasian khusus untuk pengguna peranti menggunakan MIUI, dimana anda boleh hubungkan ke telefon pintar dengan hanya membuka kerangka Mi AirDots 2 SE sahaja.

Buat masa ini, Mi AirDots 2 SE ditawarkan hanya di China sahaja, pada harga 169 Yuan, iaitu sekitar RM103.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.