Xiaomi sedia menawarkan tablet mereka dibawah nama MiPad. Hari ini, pengeluar China berkenaan memperkenalkan tablet terbaru mereka, iaitu Xiaomi Mi Pad 3.

Xiaomi Mi Pad 3 hadir dengan skrin bersaiz 7.9-inci pada resolusi 2048×1536, dilengkapi cip pemprosesan MediaTek MT8176, sokongan grafik PowerVR GX6250, memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB. Tablet ini turut menggunakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Mi Pad 3

Melalui penawaran spesifikasi ini, pihak Xiaomi memfokuskan kepada sokongan multimedia pada tablet ini, termasuk dari segi sokongan menikmati permainan video pada tahap 3D, serta untuk menikmati kandungan video.

Mi Pad 3

Melengkapkan tablet ini adalah sokongan bateri berkapasiti 6600mAh yang mana dikatakan menawarkan masa menonton video sehingga 12 jam, serta masa bertahan sehingga 867 jam.

Xiaomi menawarkan tablet ini pada harga ¥1499 iaitu sekitar RM961.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.