Xiaomi Memulakan Ujian Beta Tertutup Untuk Permainan Seumpama PUBG – “Survival Game”

Xiaomi merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi bagi mereka yang mengikuti perkembangan gajet. Selain penawaran gajet dan peralatan elektronik, Xiaomi turut mempunyai penawaran perkhidmatan muzik dan video di beberapa buah negara. Menariknya, ia dilihat pengeluar dari China berkenaan turut melebarkan sayap ke arena permainan mudah-alih (permua).

Xiaomi Survival Game

Terkini, Xiaomi telah pun membuka ujian beta tertutup untuk permainan terbaru mereka yang dinamakan sebagai “Survival Game”. Permainan ini menawarkan bentuk permainan dibawah genre battle royale. Melaluinya, sejumlah pemain akan dijatuhkan dilokasi yang sama, dan perlu menjadi pemain terakhir yang kekal hidup.

Berbeza dengan PUBG, Survival Game mengambil latar sains fiksyen – termasuk dari segi lokasi, watak pemain dan juga senjata.

Xiaomi Survival Game

Xiaomi Survival Game

Bagi pengguna yang berminat, anda boleh mendaftar untuk menjadi penguji permua ini di forum rasmi Xiaomi sebelum ia dilancarkan secara rasmi kepada umum.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.