Xiaomi hari ini telah mengumumkan dua telefon pintar baru dibawah siri Redmi Note 9, iaitu Redmi Note 9 dan juga Redmi Note 9 Pro. Ini melengkapkan pengenalan Redmi Note 9S sebelum ini.

Redmi Note 9 Pro

Paling berkuasa antaranya, Redmi Note 9 Pro. Ia hadir dengan skrin 6.67-inci, dijana cip Snapdragon 720G, memori 6GB RAM dan storan sehingga 128GB. Melengkapkan ia adalah bateri 5020mAh.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan empat kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 8MP (ultra-lebar) + 5MP (makro) + 2MP (kedalaman). Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 16-megapixel.

Redmi Note 9 Pro

Telefon pintar ini turut hadir dilengkapi pengimbas cap jari dibahagian tepi, bicu audio 3.5mm, dan juga sokongan kalis percikkan air melalui lapisan P2i.

Selain itu, Redmi Note 9 juga turut telah dilancarkan secara rasminya hari ini. Redmi Note 9 hadir dengan skrin 6.53-inci FHD+, dijana cip MediaTek Helio G80, memori dalam pilihan 3GB atau 4GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Melengkapkannya juga adalah bateri 5020mAh.

Redmi Note 9 Pro

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan empat kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman). Ia turut hadir dengan kamera swafoto 13-megapixel bersama dengannya.

Redmi Note 9 ini turut hadir dengan sokongan pengimbas jari dibelakang, sensor IR, dan juga bicu audio 3.5mm.

Redmi Note 9

Menurut pihak Xiaomi Malaysia, kedua-dua peranti ini akan hadir ke pasaran tempatan seawal Mei, dimana kita akan mengetahui butiran lanjut seperti tarikh dan harganya kelak.

Redmi Note 9

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.