Berita Menarik

Xiaomi Menawarkan Redmi 4A Pada Harga Serendah RM299 Bersempena 11.11

Pembaca : 13
0 0

11.11 merupakan salah satu hari jualan yang popular di China, dan ia turut telah mula diadapatasi oleh pelbagai syarikat e-dagang di Malaysia. Kini, bersempena dengannya, hari ini Xiaomi mengumumkan beberapa penawaran menarik bagi para pengguna yang ingin mendapatkan peranti mereka pada harga rendah.

Melalui promosi 11.11, Xiaomi melalui Lazada menawarkan empat produk mereka pada harga diskaun, iaitu Mi Box, Redmi 4A, Mi Note 2, dan juga permulaan penjualan Redmi Note 5A Prime.

Xiaomi 11.11

Ditawarkan paling murah adalah Redmi 4A pada harga RM299 berbanding harga jualan biasa iaitu RM429. Ia hadir dengan skrin 5-inci pada paparan 720, cip Snapdragon 425, memori 2GB RAM, dan kamera belakang 13-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah sokongan dwi-SIM serta bateri 3120mAh.

Beli : Redmi 4A pada RM299 untuk 11.11

Bagi anda yang inginkan peranti yang berspesifikasi tinggi pula, Xiaomi menawarkan Mi Note 2 pada harga RM1599 berbanding harga jualan biasa RM2499. Ia hadir dengan skrin OLED bersaiz 5.7-inci, cip Snapdrago 821, memori 6GB RAM, dan ruangan storan 128GB. Melengkapkan ia juga adalah kamera belakang 22.5MP.

Beli : Xiaomi Mi Note 2 pada RM1599 untuk 11.11

Untuk anda yang inginkan pemain media pintar untuk televisyen, anda boleh mendapatkan Mi Box berasaskan Android TV, selain untuk yang inginkan peranti memfokuskan selfie, anda boleh dapatkan Redmi Note 5A Prime.

Kesemua promosi ini berlaku di laman rasmi Xiaomi di Lazada bermula 11 November 2017 ini.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.