Pada tahun lepas, Xiaomi sedia mengatakan mereka bakal hadir dengan skuter elektrik mereka yang dijenamakan bersama pihak Mercedes-AMG Petronas F1.

Setelah diam untuk sekian lama, kini Xiaomi telah hadir dengan video acah, memperlihatkan bakal memperkenalkan ia pada minggu ini, 8 Februari 2020 kelak.

Pengumumannya adalah selari dengan pengumuman Mi 11 untuk pasaran global.

Mi Electric Scooter Pro 2 merupakan skuter elektrik yang menawarkan kealjuan sehingga 25km/j dan jarak perjalanan sehingga 45 kilometer dengan sekali pengecasan penuh.

Mi Electric Scooter Pro 2

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 8 Februari ini untuk melihat sendiri rekaan edisi khas ini, dan adakah ia akan menyertakan ciri tambahan atau kelajuan tambahan bersama dengannya.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.