Xiaomi sebelum ini telah dilaporkan yang mara mereka melakukan intipan aktiviti web, selain mengumpulkan data ketika pengguna menggunakan pelayar web dalam mod inkognito.

Lanjutan daripadanya, Xiaomi telah menidakkan laporan berkenaan, dan hari ini, Xiaomi telah mengeluarkan kemaskini untuk pelayar web mereka, sekaligus mengatasi beberapa perkara yang telah dikenal-pasti sebelum ini.

Melalui kemaskini pelayar web Mi Browser, Mi Browser Pro dan juga Mint Browser, ia kini membolehkan pengguna menutup pengumpulan data teragregat melalui pelayar web berkenaan. Pengguna boleh memilih untuk membiarkannya, atau menutup ciri berkenaan.

Mint Browser

Xiaomi pada masa yang sama turut berterima kasih kepada semua dalam membantu menambah-baik lagi produk dan pengalaman pengguna untuk perkhidmatan mereka.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Mi Browser, Mi Browser Pro dan juga Mint Browser, boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, dan menikmati ciri privasi baru ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.