Xiaomi kerap mengumpul dana untuk produk-produk dari syarikat pihak ketiga dan menjual di laman web rasmi mereka atau laman biayasama Youpin. Banyak produk-produk elektrik yang dijual oleh Google, dari kipas, peti ais, televisyen dan banyak lagi. Xiaomi tidak lagi terkenal sebagai yang mengeluarkan telefon pintar, sebaliknya kini merupakan syarikat yang menyediakan produk-produk elektrik dan perabot untuk rumah.

Terkini, Xiaomi sedang mengumpul dana untuk set sofa elektrik – Qifeng Electric Sofa. Ia adalah set soda yang menggunakan rekaan minimal Nordic dan ditawarkan dalam warna hitam, putih dan kelabu. Sofa ini menggunakan bahan lateks dari Thailand yang mempunyai kapas dengan tahap elastik yang tinggi. Sistem elektrik yang terbina pada sofa ini adalah untuk tempat sandar yang boleh dilaras dari sudut  103 darjah ke 160 darjah dan turut mempunyai butang yang boleh mengubah dari mod duduk ke mod baring.

Sofa ini juga merupakan sofa ketiga sebenarnya yang pernah Xiaomi biaya. Sebelum ini  8H American Spring Fabric Sofa dan Yang Zi Leather Sofa pernah dijual dengan rekaan, warna dan harga yang berbeza bagi menepati cita rasa pengguna.  Untuk Qifeng Electric Sofa ini, ia dijual pada harga bermula dari RMB 1,599 – iaitu sekitar RM959.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.