Xiaomi sedia terkenal dengan penawaran pelbagai peranti dan aksesori berkualiti pada harga mampu milik. Kini, nampaknya jenama ini ada sesuatu yang istimewa lagi buat peminat setia mereka apabila dikatakan telah menjadualkan sebuah acara atas-talian yang akan berlangsung pada 11 Ogos ini.

Poster acah tersebar memberikan gambaran skuter elektrik bakal dilancarkan. Tetapi, ramai menjangkakan Xiaomi mungkin muncul dengan pengumuman baru untuk Xiaomi Mi Pro Plus. Bukan itu sahaja, syarikat ini juga dijangka mengumumkan sejumlah produk lain.

Tapi, anda harus ingat ini hanyalah jangkaan awal sahaja, masih belum diketahui benar atau tidak. Pendek kata, kita boleh anggap ketirisan ini sebagai ura-ura terlebih dahulu buat masa ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.