Xiaomi Menjenamakan Semula Mi Drop Sebagai ShareMe – Aplikasi Perkongsian Fail Berasaskan P2P

Xiaomi pada sebelum ini telah hadir dengan Mi Drop yang dapat memudahkan pengguna berkongsi fail antara satu sama lain. Bagi menambah baik lagi penjenamaan aplikasi ini, Xiaomi telah menjenamakannya sebagai ShareMe berbanding penjenamaan yang memfokuskan kepada Xiaomi sahaja sebelum ini.

Xiaomi tidak menyatakan sebarang sebab mengapa mereka menjenamakannya, namun ia memberi perspektif yang baik untuk pemasaran. Selepas ini, aplikasi ni mungkin tidak hanya akan ditawarkan pada peranti Xiaomi, malah boleh dipasang secara terbina pada peranti-peranti lain. Langkah ini seumpama aplikasi SHAREit, yang mana asalnya hanya ditujukan untuk peranti Lenovo.

Seperti Mi Drop, ShareMe membolehkan pengguna menghantar fail melalui kaedah peer-to-peer (P2P) tanpa memerlukan sebarang internet. Ia menawarkan kelajuan 200 kali lebih pantas berbanding Bluetooth, selain mampu memberi kelajuan pemindahan data sehingga 50MB/saat melalui penyambungan WiFi setempat.

Aplikasi ShareMe telah ditawarkan secara percuma, yang mana anda boleh memuat-turun atau mengemaskininya melalui halaman Google Play Store. Dengan adanya ShareMe, anda dapat menikmati penghantaran setempat dengan lebih pantas – walaupun anda mempunyai kekangan untuk mendapatkan akses penyambungan internet.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.