Xiaomi Mi 10 Dan Mi 10 Pro Hadir Dengan Snapdragon 865, 108MP Kamera

Xiaomi Mi 10 Malaysia

Xiaomi baru sahaja melancarkan dua model perdana iaitu Xiaomi Mi 10 dan Xiaomi Mi 10 Pro di China. Kedua-duanya menawarkan skrin bersaiz 6.67 inci FHD+ dengan panel AMOLED lenkung serta 90Hz kadar segar. Ia juga dikuasai oleh Snapdragon 865 dengan modem X55 yang menyokong rangkaian 5G SA/NSA.

Kedua-dua peranti ini juga menawarkan sistem penyejuk terbina dengan 3000mm² plat penyejuk cecair serta dijalankan pada Android 10 melalui antaramuka MIUI 11.

<![CDATA[ ]]>

Perbezaan utama spesifikasi antara Xiaomi Mi 10 dan Xiaomi Mi 10 Pro hanyalah pada sistem kamera, kapasiti bateri serta variasi memori. Xiomi Mi 10 menawarkan bateri Li-Po 4780 mAh dengan pengecas 30W serta variasi memori bermula 128GB / 8GB RAM hingga 256GB / 12GB RAM. Manakala Mi 10 Pro menawarkan bateri Li-Po 4500 mAh dengan pengecas 50W serta variasi memori bermula 256GB / 8GB RAM hingga 512GB / 12GB RAM

Xiaomi Mi 10 Malaysia

Untuk kamera pula Xiaomi Mi 10 bawakan empat lensa di belakang dengan 108 MP sensor utama, 13 MP lensa sudut lebar, 2 MP kamera makro dan 2 MP sensor kedalaman. Model Mi 10 Pro pula menawarkan lensa utama 108 MP, 8 MP lensa telefoto dengan kemampuan 10x hybrid optikal zoom, 12 MP lensa portrait dan 20 MP lensa sudut lebar. Untuk selfie, sensor 20 MP digunakan pada kedua-dua model ini.

Xiaomi Mi 10 Pro Malaysia

Xiaomi Mi 10 akan ditawarkan bermula CNY3,999 (RM2399) untuk model 8GB/128GB, CNY4,299 (RM2599) untuk model 8GB/256GB , dan CNY4,699 (RM2799) untuk model 12GB/256GB. Manakala Xiaomi Mi 10 Pro boleh didapati bermula CNY4,999 (RM2999) untuk model 8GB/256GB.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.