Xiaomi Mi 10 Pro Kini Memegang Takhta Pada Skor DXO – Mengalahkan Semua Peranti Lain


Xiaomi hari ini telah pun memperkenalkan Xiaomi Mi 10 secara rasminya di China. Menariknya, pada acara pelancaran peranti berkenaan, pihak Xiaomi turut menyentuh mengenai sokongan rakaman gambar dan video yang dibawakan oleh telefon pintar berkenaan.

Daripada perkongsian Xiaomi, Mi 10 Pro dilihat menerima skor sebanyak 124 daripada pihak DXO – sekaligus mengalahkan semua peranti lain dipasaran pada hari ini dari segi skor DXO.

Xiaomi Mi 10

Xiaomi Mi 10 Pro menggunakan cip Snapdragon 865 untuk pemprosesan, dan dilengkapi empat kamera belakang – iaitu kamera utama 108-megapixel, kamera telefoto 12-megapixel, kamera telefoto jarak jauh 8-megapixel, dan kamera sudut luas 20-megapixel.

Pihak DXO memuji penawaran rakaman yang stabil dan jitu melalui telefon pintar berkenaan, selain rakaman yang cantik pada jarak dekat atau jauh. Kesan bokeh juga dikatakan agak baik menggunakan kamera Mi 10 Pro ini.

Untuk rakaman video pula, Mi 10 Pro dilihat menawarkan penstabilan video yang efisien, selain autofokus yang baik dan pantas.

Xiaomi dijangka akan melancarkan telefon pintar ini secara global pada penghujung bulan ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.