Xiaomi Mi 10T ialah peranti yang menarik minat ramai tahun lalu kerana ditawarkan pada harga yang amat rendah walaupun dijana cip Snapdragon 865. Semasa dilancarkan hanya versi dengan 8GB/128GB ditawarkan tetapi kini Xiaomi Malaysia mula menawarkan versi 6GB/128GB pada harga RM1599. Ini adalah kurang RM100 dari versi 8GB/128GB sebelum ini.

Ini ialah penawaran harga yang amat mampu milik kerana terdapat banyak peranti kelas pertengahan lain di Malaysia yang dijual pada harga lebih tinggi.

Peranti ini dilengkapi skrin 6.67″ LCD FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz. Dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865, dipadankan dengan memori 6GB RAM LPDDR5 serta storan dalaman 128GB UFS 3.1 dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 33W.

Kamera utamanya menggunakan sensor 64+13+5 Megapixel dan kamera swafoto pula 20 Megapixel. Pembesar suara adalah jenis stereo dengan pengiktirafan Hi-Fi. Rangkaian 5G turut ada dan juga sensor pemancar infra merah.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.