Tahun lepas, Xiaomi telah melancarkan Mi 11 yang mana merupakan peranti pertama dunia dengan cip Snapdragon 888. Ia hadir dengan spesifikasi yang mengagumkan, seperti skrin 120Hz adaptif, AMOLED, kamera 108MP yang hebat, menyokong pengecasan pantas, serta dijual pada harga bawah RM3000. Orang ramai mempersoalkan, bagaimana dengan Mi 11 Pro.

Mi 11 Pro dilaporkan hanya akan dilancarkan pada bulan Februari. Tetapi butiran penuh peranti ini kekal menjadi misteri. Sebelum ini ada imej pengolokan tertiris, namun ia dikhabarkan itu adalah tipu dan rekaan mungkin berbeza. Antara laporan terkini mengenai peranti ini adalah sokongan zum 120x akan ditawarkan sama seperti Mi 10 Ultra.

Peranti ini juga dilaporkan akan menggunakan rekaan dan saiz yang sama dengan Mi 11. Beza ketara dikatakan adalah pada kamera dan sedikit dari bahagian dalaman. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.