Xiaomi Mi 8 — Explorer Edition

Share Button

Oleh Faiz Zainal

Kali ini Xiaomi menjadi topik hangat dalam dunia peranti apabila memperkenalkan fon yang terbaru dengan reka bentuk yang sangat menawan.

Sedikit info menarik tentangnya:

1. Pengimbas cap jari pada skrin
2. Rekaan badan belakang yang transparent
3. Paparan skrin AMOLED bersaiz 6.21″ inci
4. Mempunyai 8GB RAM
5. Menyokong Dual GPS
6. Dwi-kamera 12MP + 12MP
7. Mendapat skor 105 DxOMark
8. Android phone pertama gunakan 3D Face ID
9. Cip pemprosesan Snapdragon 845
10. Selfie Kamera 20MP

Namun, paling menarik sekali adalah rekaan transparen yang lebih tampak bahagian dalam dengan beberapa tulisan yang jelas. Rekaan yang sama yang ada pada HTC U12+.

Yang kedua, imbasan cap jari pada skrin AMOLED. Ini adalah fon kedua yang ada imbasan cap jari pada skrin selepas VIVO dengan model VIVO X21.

Anggaran harga kalau ikut tukaran wang asing dalam lingkungan RM2,400 menjadikannya tawaran harga yang berbaloi untuk spesifikasi seperti ini. Harga rasmi di Malaysia mungkin tidak melebihi dari RM3,000.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.