Xiaomi Mi 8 Lite Melepasi Pengesahan Sirim – Akan Dijual Di Malaysia Tidak Lama Lagi?

Xiaomi Mi 8 Lite kini dilihat telah melepasi Sirim. Peranti ini adalah siri Mi 8 terbaru yang baru sahaja dilancarkan di China. Ia dijana dengan Snapdragon 660, mempunyai skrin 6.26-inci bertakuk serta bingkai yang dikatakan adalah lebih nipis dari iPhone XR.

Xiaomi Mi 8 Lite atau nama lainnya adalah Mi 8 Youth – turut menggunakan kamera utama dwi-lensa, memori sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 128GB dan pengecasan pantas QC3.0 untuk mengecas bateri berkapasiti 3350 mAh.

Dengan pengesahan Sirim untuk Mi 8 Lite, kita mungkin dapat melihat ia dijual di Malaysia tidak lama lagi – apatah lagi dengan peminat produk Xiaomi yang gemar akan penawaran harga menarik seperti model Xiaomi terdahulu.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.