Xiaomi hari ini telah melancarkan dua telefon pintar terbaru mereka dibawah program Android One, iaitu Mi A2 dan juga Mi A2 Lite. Kini, lanjutan daripadanya, pihak Xiaomi Malaysia mengesahkan ia bakal dilancarkan di Malaysia pada minggu hadapan.

Xiaomi Mi A2

Xiaomi Mi A2 hadir dengan skrin 5.99-inci, dijana cip Snapdragon 660, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang 12MP + 20MP, selain kamera hadapan 20-megapixel. Ia menggunakan pengecas berasaskan USB-C, bateri berkapasiti 3000mAh, dan turut hadir dengan sokongan pencahayaan lembut untuk swafoto.

Xiaomi Mi A2 Lite

Xiaomi Mi A2 Lite pula hadir dengan skrin bertakuk 5.84-inci, dijana cip Snapdragon 625, memori sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera belakang 12MP + 5MP, selain kamera hadapan 5-megapixel. Menjananya juga adalah bateri 4000mAh.

Kita mungkin akan mengetahui lanjut mengenai harga dan tarikh kedua-dua peranti ini akan dijual secara rasminya pada minggu hadapan, 31 Julai.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.