Telefon Xiaomi Mi A2 akan dilancarkan di Sepanyol pada penghujung bulan ini. Ia adalah sebuah Mi 6X yang hanya menggunakan sistem operasi Android One. Disamping Mi A2, besar kemungkinan Mi A2 Lite turut akan dilancarkan serentak tahun ini selepas ia mula disenaraikan di sebuah laman e-dagang Poland.

Dari namanya anda mungkin boleh mengagak ia mempunyai spesifikasi yang lebih rendah berbanding Mi A2. Ia dilengkapi skrin lebih kecil 5.84 inci FHD+ bertakuk, memori sebesar 4GB RAM, storan 64GB, kamera utama 12+5 Megapixel, kamera swafoto 5-Megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh.

Satu-satunya kelebihan Mi A2 Lite ialah bateri yang lebih besar berbanding Mi A2. Melihat pada spesifikasi jelaslah Mi A2 Lite ialah sebuah Redmi 6 Pro yang dijenamakan semula. Sama-sama kita menantikan kemunculannya.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.