Xiaomi Mi Band merupakan salah satu gelang tangan kecergasan yang popular, dan ditawarkan pada harga mampu-milik berbanding sejumlah pesaing yang lain. Untuk tahun ini, Xiaomi dijangka hadir dengan Mi Band 6.

Mi Band 6 ini diperkatakan bakal hadir dengan skrin sedikit besar berbanding dengan Mi Band 5 sebelum ini. Disamping itu, ia juga dijangka akan menyertakan sebuah sensor tambahan baru untuk memudahkan pemantauan kadar oksigen dalam darah, disamping ciri GPS secara terbina.

Seperti versi sebelum ini, Xiaomi turut dijangka akan memperkenalkan sejumlah ciri kecergasan dan mod sukan tambahan baru pada gelang tangan pintar ini.

Xiaomi dijangka memperkenalkan gelang tangan pintar ini sekitar pertengahan tahun 2021 ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.