Xiaomi Mi CC9 Pro Bakal Hadir Dengan 108MP Kamera, Cip Snapdragon 730G

Xiaomi Mi Note 10 Malaysia

Xiaomi Mi CC9 Pro merupakan smartphone pertama dengan kamera 108 Megapixel yang akan diumumkan pada 5 November ini untuk pasaran China. Xiaomi Mi CC9 Pro akan berada di pasaran global dengan nama Xiaomi Mi Note 10.

Berbaki sehari sahaja lagi, Xiaomi telah mendedahkan beberapa spesifikasi peranti tersebut. Ianya termasuk penggunaan cip Snapdragon 730G, pengimbas cap jari bawah skrin serta hadir dengan 3.5mm audio jack dengan sokongan HI-Res Audio.

<![CDATA[ ]]>

Untuk kamera, peranti ini bakal hadir dengan lima kamera belakang. Lensa utama dengan sensor 108 MP buatan Samsung dengan aperture f/1.69, 12 MP sensor digunakan untuk 2X zoom dan portait, 5 MP lensa telephoto digunakan untuk 10x zoom Hybrid, 20 MP lensa ultrawide dan 2MP kamera macro untuk mengambil gambar objek jarak dekat.

Xiaomi Mi Note 10 Malaysia

Peranti ini juga disahkan hadir dengan ruang bateri yang cukup besar iaitu 5260 mAh dengan 30w pengecasan pantas. Ia juga akan dipadankan dengan paparan AMOLED bersaiz 6.47 inci dengan resolusi FHD+. Fungsi lain yang dijangka hadir termasuk NFC, USB Type-C, Dual-Band WiFi, Bluetooth 5, Infrared serta hadir dengan Android 9.0 (Pie).

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.