Xiaomi Mi CC9 Pro Dengan Snapdragon 730G, 108MP Kamera Belakang Diumumkan

Harga Xiaomi Mi CC9 Pro Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengumumkan telefon pintar Xiaomi Mi CC9 Pro untuk pasaran China. Ia dilengkapi dengan paparan AMOLED FHD+ bersaiz 6.47-inci dan dikuasakan oleh cip Snapdragon 730G. Variasi memori yang haditr termasuk 128GB / 6GB RAM dan 256GB / 8GB RAM namun tidak memiliki slot memori tambahan microSD.

<![CDATA[ ]]>

Peranti ini dijalankan dengan sistem Android Pie dengan antaramuka MIUI 11. Ia turut hadir bersama dengan sokongan infrared, NFC, 3.5mm audio jack dengan sokongan audio Hi-Res dan bateri 5260mAh dengan sokongan pengisian pantas 30W yang membolehkan telefon dicas kepada 58% dalam tempoh 30 minit dan 100% dalam tempoh hanya 65 minit.

Harga Xiaomi Mi CC9 Pro Malaysia

Menariknya mengenai peranti ini ialah memiliki sistem kamera lima lensa dibahagian belakang. Xiaomi Mi CC9 Pro juga mendapat skor 121 untuk DXO Mark iaitu sebaris dengan peranti terbaik untuk kamera, HUAWEI Mate 30 Pro. Susunan lima lensa pada Xiaomi Mi CC9 Pro seperti dibawah :-

  • 108 Megapixel (F1.7, 1/1.33″, 0.8µm, OIS) – Lensa Utama
  • 5 Megapixel (F2.0, 1.0µm, OIS, 5x Optical Zoom) – Lensa Telephoto
  • 12 Megapixel (F2.0, 50mm, 1/2.55″, 1.4µm, 2x optical zoom) – Lensa Telephoto
  • 20 Megapixel (F2.2, 13mm, 1/2.8″, 1.0µm) – Lens Sudut Lebar
  • 2 Megapixel (F2.4, 1/5″, 1.75µm ) – Kamera Macro
  • 32 Megapixel (F2.0, 0.8µm) – Kamera Selfie

Xiaomi Mi CC9 Pro hadir dalam pilihan warna Midnight Black, Aurora Green dan Snow Aurora, dengan harga 2799 yuan (Sekitar RM1699) Untuk model 6GB/128GB, 3099 yuan (Sekitar RM1899) Untuk model 8GB/128GB dan 3499 yuan (RM2099) Untuk model eksklusif dengan 8GB RAM dan 256GB memori.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.