Berita Menarik

Xiaomi Mi Max 2 Akan Hadir May Ini Dengan 6.44 inci Skrin, 6GB RAM

Pembaca : 9
0 0

Xiaomi Mi Max 2

Bagi peminat peranti bersaiz besar atau phablet sudah tentunya menanti-nantikan kemaskini terbaru dari Xiaomi Mi Max yang kini telah pun dipasaran Malaysia dengan harga RM999. Ia merupakan peranti yang cukup besar iaitu bersaiz 6.44 inci dengan reaolusi HD Penuh, Pemproses Snapdragon 652, 16 MP kamera, 4GB RAM dan sebagainya.

Terbaru, desas-desus  mengena Xiaomi Mi Max 2 mula kedengaran setelah hampir setahun model generasi pertama dilancarkan. Menurut sumber, Xiaomi Mi Max 2 akan mengekalkan saiz paparan sebesar 6.44 inci. Namun prestasi, kapasiti bateri dan memorinya akan ditingkatkan.

Xiaomi Mi Max 2 dijangka hadir dengan pemproses Snapdragon 660 bersama sama 6 GB RAM serta ruang memori sehingga 128 GB. Baterinya juga telah ditingkatkan kepada 5000 mAh. Buat masa ini tiada info mengenai sensor kamera yang digunakan pada peranti tersebut.

Xiaomi Mi Max2 akan tersedia dipasang dengan Android 7.0 Nougat dengan MiUI yang terbaru. Ia dijagka akan dilancarkan pada bulan May ini. Tarikh rasmi pelancaran serta harga Xiaomi Mi Max 2 masih lagi belum diketahui.

Sumber : GSMArena

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.