Xiaomi Mi Max 2 Ditawarkan Dalam Warna Hitam Pusam

Semasa dilancarkan pada bulan lalu, Xiaomi Mi Max 2 hanya ditawarkan dalam pilihan warna emas. Phablet bersaiz gergasi ni mula ditawarkan dalam warna hitam pusam tetapi terhad untuk pasaran Hong Kong sahaja buat masa ini.

Tiada perubahan spesifikasi dilakukan dan Mi Max 2 hitam pusam dilengkapi skrin 6.44″ dengan resolusi 1080P, diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 625, memori 4 GB RAM dan storan 64 GB. Kemampuan kamera pula ialah 12-Megapixel pada bahagian belakang dan 5-Megapixel pada bahagian hadapan.

Rekaan kini lebih kemas dengan bucu yang dibulatkan berbanding model tahun lalu.Akhir sekali sebuah bateri sebesa5 5300 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*