Bersama-sama pengumuman Redmi Note 5A Prime, pihak Xiaomi turut mengumumkan yang mana mereka akan membawa masuk dan menjual peranti nirbingkai mereka, Mi Mix 2 di Malaysia pada pertengahan bulan ini.

Xiaomi Mi Mix 2

Xiaomi Mi Mix 2 memfokuskan kepada rekaan nirbingkai, hadir dengan skrin 5.99-inci dengan paparan resolusi 2160×1080 pixel, dijana menggunakan cip Snapdragon 835, memori 6GB RAM dan ruangan storan 64GB.

Ia menggunakan kamera belakang 12-megapixel dan juga kamera utama 5-megapixel. Mi Mix 2 menggunakan bateri berkapasiti 3400mAh, dan turut hadir dengan sokongan dwi-SIM.

Di Malaysia, pengguna boleh pra-tempahnya bermula 11 November 2017 kelak, dan dibuka jualannya pada 16 November kelak. Mi Mix 2 akan dijual di Malaysia pada harga RM2199.

Baca : Pandang Pertama Mi Mix 2

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.