Xiaomi Mi Note 10 atau nama lainnya di pasaran luar adalah Xiaomi CC9 Pro, adalah peranti baharu daripada Xiaomi. Ia bukannya peranti mercu, tetapi adalah peranti kelas pertengahan premium, yang mana lebih mahal dari peranti mercu Xiaomi lain yang berada di Malaysia. Di China harga peranti ini mencapai lebih RM2000.

Apa yang istimewa dengan peranti ini? Mi Note 10 adalah peranti dengan kamera paling baik di dunia. Ia diiktiraf oleh DXOMark setaraf dengan Huawei Mate 30 Pro. Ya, peranti Xiaomi pernah sahaja masuk ke DXOMark – tetapi untuk skor 121 itu adalah rekod bagi Xiaomi. Peranti ini hari ini dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Ia menggunakan skrin AMOLED 6.47-inci dwi-lengkung, bateri bersaiz 5260mAh dan dijana dengan cip Snapdragon 730G.

Mi Note 10 terhad dengan memori 6GB dan storan dalaman 128GB sahaja. Akan tetapi, terdapat juga Mi Note 10 Pro yang mana variasinya adalah 8/256 GB. Beza dua peranti ini adalah lensa 108MPnya sahaja. Mi Note 10 menggunakan lensa 108MP 7P, manakala Mi Note 10 Pro lensa 108MPnya adalah 8p.

Untuk kamera belakang, Xiaomi menggunakan penta kamera yang menggabungkan lensa 108MP (biasa) + 12MP (potret) + 20MP (sudut ultra lebar) + 5MP (ultra telefoto) + 2MP (makro) dan untuk kamera swafoto lensa yang digunakan adalah 32MP. Kamera belakang peranti Xiaomi ini mampu merakam video gerak perlahan 960fps dan 4K 30fps. Sudah tentu, sistem kecerdasan buatan Xiaomi juga membantu untuk pasca proses hasil imej. Kali ini, Xiaomi turut hadir dengan mod ultra stabil dan kualiti rakaman audio yang tinggi apabila merakam video.

Ia mempunyai NFC, Bluetooth 5.0, menjalankan MIUI 11 dengan pelbagai fungsi menarik, dan sistem sekuriti imbasan cap jari bawah skrin yang laju. Mi Note 10 ini dijual di Malaysia pada harga RM2099, manakala Mi Note 10 Pro pula berharga RM2499. Warna yang ditawarkan adalah Aurora Green, Glacier White dan Midnight Black.

Jualan akan bermula dari 7-15 Disember dengan tawaran belian-dalam-belian diskaun RM100 untuk barangan Mi Store. Akan tetapi, untuk Mi Note 10 Pro, tawaran adalah lebig menarik dengan jaminan skrin retak selama 12 bulan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ERROR: si-captcha.php plugin: GD image support not detected in PHP!

Contact your web host and ask them to enable GD image support for PHP.

ERROR: si-captcha.php plugin: imagepng function not detected in PHP!

Contact your web host and ask them to enable imagepng for PHP.