Kegilaan semasa ialah menggunakan kamera 360 darjah bagi merakam video secara menyeluruh. Video yang dirakam kemudian boleh ditonton menggunakan peranti realiti maya bagi memberikan ilusi pengguna berada di dalamnya. Terdapat sebuah lagi kamera rakaman 360 darjah dilancarkan dan kali ini ia dihasilkan oleh Xiaomi.

Xiaomi Mi Panoramic ialah kamera kompak dengan kemampuan rakaman video 360 darjah. Dua sensor kamera Sony IMX206 sebesar 16-Megapixel digunakan dengan sokongan EIS. Mi Panoramic mampu mengambil gambar pada resolusi 23.9-Megapixel dan video pada resolusi 3.5K. Bateri sebesar 1600 mAh yang digunakan mampu membelikan rakaman sehingga 90 minit. Kamera ini kalis air IP67 dan dijual di China pada harga RMB 1699 (~RM 1093)

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.