Semasa pelancaran Xiaomi Mi 11 versi global semalam, Xiaomi turut melancarkan televisyen pintar terkini mereka iaitu Xiaomi Mi TV Q1. Ini ialah kemuncak teknologi televisyen yang ditawarkan oleh Xiaomi kerana ia dilengkapi skrin 75″ berteknologi QLED, 120Hz, dan sokongan resolusi 4K.

Dengan teknologi QLED, warna yang lebih hitam dapat dinikmati bersama dengan hampir 200 zon lampu belakang untuk warna yang lebih tepat. Ia menggunakan sistem operasi Android TV 10 dengan cip pemproses MediaTek MT 9611. Apa yang kami rasakan menarik ialah sokongan dua format HDR iaitu Dolby Vision dan HDR10+.

Secara lazimnya televisyen pintar di pasaran hanya menawarkan salah satu dari dua format HDR popular ini. Pada waktu yang sama televisyen dilengkapi sistem audio 30W yang menyokong pula audio Dolby Audio and DTS-HD.

Selain itu pilihan input pula ialah 1x HDMI 2.1, 2x HDM 2.0, LAN, input AV, output optikal, dekoder DTTV dan USB. Dengan ini televisyen ini mampu menyokong mod kadar bingkai tinggi yang disokong konsol Xbox Series X.

Walaupun ia sebuah televisyen pintar mercu dengan skrin QLED yang besar, di Eropah Xioami Mi TV Q1 dijual pada €1,299 (~RM6364). Ini adalah jauh lebih rendah berbanding TV pengeluar lain dengan spesifikasi setanding.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.