Xiaomi Mi Watch Hadir Dengan Skrin AMOLED 1.78 inci, Snapdragon Wear 3100

Xiaomi Mi Watch Malaysia

Xiaomi telah mengumumkan model baru peranti boleh pakai, Xiaomi Mi Watch. Ia merupakan jam pintar dengan skrin sentuh jenis AMOLED bersaiz 1.78-inci dengan sokongan lebih 100 muka jam.
Ia dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon Wear 3100 dengan 1GB RAM, 8GB memori dalaman serta dijalankan dengan WearOS dan sentuhan MIUI.

Jam pintar ini juga hadir dengan lebih 40 aplikasi serta sokongan eSIM. Ia juga menjanjikan sehingga 36 jam jangka hayat bateri untuk penggunaan rangkaian 4G. Fungsi lain yang hadir termasuk sokongan WiFi 802.11 b/g/n, Bluetooth 4.2 LE, 4G VoLTE.

Xiaomi Mi Watch Malaysia

Xiaomi Mi Watch boleh didapati dalam warna Perak dan Elegan Hitam dengan tali jam getah dan berharga 1299 yuan (Sekitar RM799) untu pasaran China manakala Edisi Premium dalam warna hitam dengan tali Stainless Steel berharga 1999 yuan (Sekitar RM1199).

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.