Berita Menarik

Xiaomi Mula Mengacah Kehadiran Mi 10 Pro 5G Untuk Pasaran Malaysia

Pembaca : 12
0 0

Xiaomi Malaysia hari ini secara rasminya berkongsi melalui media sosial mereka, memperlihatkan telefon pintar mercu 2020 mereka, iaitu Mi 10 Pro bakal hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Mi 10 Pro


Melalui gambar acah yang dikongsikan, pihak Xiaomi memfokuskan kepada modul kamera dengan sensor utama 108-megapixel, selain turut memperlihatkan sokongan speaker yang hadir pada telefon pintar berkenaan. Versi tempatan juga dijangka hadir dengan sokongan rangkaian 5G.

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Mi 10 Pro hadir dengan skrin 6.7-inci AMOLED, menawarkan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Ia turut dilengkapi bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 50W.

Pada bahagian kamera, ia menyertakan sensor utama 108-megapixel, dan menawarkan sokongan rakaman video 8K. Kamera hadapan yang disertakan adalah 20-megapixel.

Buat masa ini, Xiaomi masih belum mengumumkan tarikh pelancaran rasminya di Malaysia. Memandangkan Xiaomi telah mula mengacah peranti berkenaan, maka kita mungkin akan dapat melihat ia dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.