Xiaomi Mula Menjual Gimbal Untuk Telefon Pintar Dan Kamera Aksi

Kini amat mudah untuk melakukan penstriman langsung terus dari peranti mudah alih kerana peranti yang berkuasa, kamera yang baik dan rangkaian internet mudah alih yang pantas. Tetapi umum diketahui majoriti telefon pintar tidak dilengkapi kamera hadapan dengan sistem OIS. Oleh itu gimbal seperti DJI Osmo Mobile dihasilkan.

Tetapi harga jualan sistem gimbal ini adalah agak mahal. Seperti biasa Xiaomi akan memenuhi keperluan pasaran dan menghasilkan versi mampu milik. Gimbal telefon pintar yang dikeluarkan di bawah jenam Mijia ini dilengkapi penstabilan bermotor tiga paksi dan bateri sebesar 5000 mAh. Ini boleh memberikan tempoh operasi sehingga 16 jam dan turut membekalkan kuasa kepada peranti seperti sebuah power bank. Di China ia dijual pada harga RMB599 (~RM 373).

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.