Edge Sense ialah sistem kawalan yang diperkenalkan pada HTC U11. Apabila peranti digenggam, aplikasi boleh dilancarkan dengan pantas. Fungsi ini kemudian muncul pada Google Pixel 2 yang baru sahaja dilancarkan. Inovasi ini mungkin kemudian akan ditemui pada peranti keluaran Xiaomi.

Android Police melaporkan seorang pengguna Xiaomi Mi 5 telah menemui tetapan tersembunyi pada peranti yang menggunakan MIUI 8.2.2. Dari skrin di atas ia menunjukkan kawalan Edge Controls yang membolehkan pengguna mengambil gambar atau menambatnya kepada kawalan back peranti.

Ini mungkin petanda terawal Xiaomi mungkin akan menyertakan fungsi kawalan bingkai pada peranti mereka. Sebagai pemilik U11, kami merasakan fungsi ini amat berguna untuk kegunaan harian.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.