Xiaomi Redmi 8 Berharga Bermula RM499 Di Malaysia – Menawarkan Bateri 5000mAh

Xiaomi Malaysia hari ini telah mengumumkan telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Redmi 8. Redmi 8 merupakan telefon pintar dengan spesifikasi asas, dan versi kali ini turut menawarkan bateri bersaiz besar, iaitu 5000mAh.

Redmi 8

Redmi 8 hadir dengan skrin 6.22-inci dengan rekaan bertakuk kecil, dijana cip Snapdragon 439, memori 4GB RAM dan storan 64GB. Pengguna turut boleh memperluaskan storan menggunakan kad mikro-SD sehingga 512GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan gabungan 12MP + 2MP dibelakang, dan kamera swafoto 8-megapixel. Pengimbas cap jari diposisikan dibahagian bawah kamera belakang. Untuk pengecasan bateri, Redmi 8 menawarkan sokongan pengecasan pantas 18W berasaskan USB-C.

Di Malaysia, Redmi 8 versi 3GB RAM + 32GB storan ditawarkan pada harga RM499 bermula 18 Oktober kelak, sementara 4GB + 64GB storan akan ditawarkan bermula 12 Oktober pada harga RM599.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.