Xiaomi Redmi Note 11 Malaysia

Xiaomi telah mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan siri Redmi Note 11, yang merangkumi model Redmi Note 11, Note 11 Pro dan Note 11 Pro+ pada 28 Oktober ini.

Bedasarkan maklumat yang tertiris sebelum ini, ketiga-tiga peranti tersebut akan menampilkan skrin AMOLED dengan kadar penyegaran 120Hz, bateri 5000 mAh, menggunakan cip MediaTek Dimensity dengan sokongan rangkaian 5G, memori sehingga 256GB serta rekaan kerangka aluminium dengan pelindung skrin Corning Gorilla Glass Victus.

Redmi Note 11 Pro+ dikatakan bakal hadir dengan pemproses MediaTek Dimensity 1200 dengan 8GB RAM serta memiliki tiga kamera belakang yang merangkumi sensor utama 108MP, sensor sudut lebar 8MP serta 2MP sensor kedalaman. Kamera selfie pula dipadankan dengan lensa 16MP.

Untuk Redmi Note 11 Pro pula akan dipadankan dengan pemproses MediaTek Dimensity 920 dengan 8GB RAM. Peranti ini turut menawarkan kamera dengan sensor yang sama terdapat pada Redmi Note 11 Pro+ dengan kombinasi sensor 108MP, 8MP serta 2MP. Kamera selfie juga dipadankan dengan lensa 16MP.

Bagi Redmi Note 11 akan hadir dengan CPU MediaTek Dimensity 810 beserta 8GB RAM dan memiliki dua kamera belakang iaitu kamera utama 50MP dan 2MP sensor kedalaman. Untuk selfie, ia menggunakan kamera 16MP.

Siri Xiaomi Redmi Note 11 akan dilancarkan pada 28 Oktober ini untuk pasaran China. Untuk harga siri Redmi Note 11, ia dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada harga sekitar RM800 bagi model Redmi Note 11 dan sekitar RM1200 untuk model Redmi Note 11 Pro+.

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.