Xiaomi hari ini telah mengumumkan Redmi Note 6 Pro secara rasminya, dan ia menjadikannya sebagai telefon pintar pertama Xiaomi yang dilengkapi dengan 4 kamera dikuasakan AI untuk rakaman yang cantik.

Redmi Note 6 Pro

Xiaomi Redmi Note 6 Pro hadir dengan skrin 6.26-inci yang menawarkan rekaan skrin bertakuk, dijana cip Snapdragon 636, GPU Adreno 509, dan dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh.

Redmi Note 6 Pro

Telefon pintar ini hadir dengan penggunaan dwi-kamera hadapan dan belakang. Redmi Note 6 Pro menggunakan gabungan kamera 12-megapixel dan 5-megapixel dibelakang dalam menghasilkan rakaman berbentuk bokeh dengan cantik, selain menyertakan kamera 20-megapixel dan 2-megapixel dihadapan dalam menawarkan sokongan rakaman gambar potrait yang kemas.

Kamera hadapan juga turut boleh digunakan pengguna untuk nyah-kunci peranti berasaskan wajah.

Redmi Note 6 Pro

Redmi Note 6 Pro

Di Thailand, Redmi Note 6 Pro ditawarkan pada harga sekitar THB7000 iaitu sekitar RM893. Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah Xiaomi Malaysia akan melancarkannya. Memandangkan kita telah melihat Redmi Note 6 melepasi pengesahan Sirim sebelum ini, maka pelancarannya mungkin tidak begitu jauh lagi.

Redmi Note 6 Pro

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.