Xiaomi Redmi Note 6 Pro Diumumkan Dengan Empat Kamera

Harga Xiaomi Redmi Note 6 Pro Malaysia

Smartphone pertengahan Xiaomi Redmi Note 6 Pro dengan skrin takuk dan dua kamera hadapan telah dilancarkan di Thailand. Ianya merupakan model pengganti kepada Redmi Note 5 Pro yang diperkenalkan awal tahun ini yang dijual pada harga bermula dari RM799 di Malaysia.

Di Thailand, peranti ini dijual pada harga THB 6,990 untuk model 64GB dan 4GB RAM iaitu sekitar RM999 di Malaysia. Ia boleh didapati dalam pilihan warna hitam, biru dan emas ros.

Harga Xiaomi Redmi Note 6 Pro Malaysia

Mengenai spesifikasi Xiaomi Redmi Note 6 Pro, skrinnya telah dibesarkan kepada 6.26 inci dengan resolusi FullHD+ dan 19:9 nisbah skrin. Peranti ini juga masih lagi menggunakan pemproses Snapdragon 636 seperti model sebelum ini dengan pilihan memori 32GB atau 64GB dan sehingga 6GB RAM.

Harga Xiaomi Redmi Note 6 Pro Malaysia

Xiaomi Redmi Note 6 Pro kini menggunakan aturan dual kamera untuk kamera Selfie dengan sensor 20 Megapixel dan 2 Megapixel. Kamera belakang pula tampil dengan dua sensor 12 Megapixel dan 5 Megapixel dengan sokongan Dual Pixel Auto fokus. Xiaomi turut tampilkan beberapa mod AI termasuk AI Portait, AI Scene Detection dan AI Dynamic Bokeh.

Baca : Spesifikasi Penuh Dan Harga Xiaomi Redmi Note 6 Pro

Harga Xiaomi Redmi Note 6 Pro Di Malaysia

Di Malaysia, peranti ini masih lagi belum memasuki pasaran tempatan. Model generasi sebelum ini Xiaomi Redmi Note 5 Pro telah dijual dengan harga RM799 untuk model 32GB. Bagi Harga Xiaomi Redmi Note 6 Pro di Malaysia dijangka akan sekitar RM999.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.