TechSemut Malaysia

Xiaomi Redmi Y2 Dilancarkan Di India Dengan Kamera Swafoto 16-Megapixel

Xiaomi Redmi Y2 Dilancarkan Di India Dengan Kamera Swafoto 16-Megapixel

Xiaomi Redmi Y2 Dilancarkan Di India Dengan Kamera Swafoto 16-Megapixel
Jun 07
14:20 2018

Xiaomi telah memperkenalkan telefon pintar dibawah siri Redmi Y di India pada penghujung tahun lepas. Peranti memfokuskan selfie ini telah dipasarkan dengan meluas di negara berkenaan, dan hari ini Xiaomi mengumumkan kemaskini generasi baru untuknya, Redmi Y2.

Xiaomi Redmi Y2

Xiaomi Redmi Y2 meneruskan fokus terhadap swafoto, dan hadir dengan kamera 16-megapixel dihadapan. Xiaomi turut melengkapkan ia dengan sokongan kecerdasan buatan bagi membolehkan gambar yang cantik dihasilkan. Melengkapkan kamera hadapan juga adalah sokongan pencahayaan LED dihadapan. Ini sekaligus membolehkan anda merakamkan gambar pada persekitaran gelap tanpa masalah.

Xiaomi Redmi Y2

Xiaomi juga menambah sokongan Auto HDR pada kamera hadapan – sekaligus menjadikan rakaman gambar lebih cantik berbanding kebiasaan. Xiaomi turut mengatakan Redmi Y2 hadir dengan sokongan perisian AI Beautify 4.0 dalam menjadikan hasil rakaman wajah lebih cantik – bergantung kepada jenis kulit dan sebagainya.

Ciri AI Potrait Selfie turut disertakan yang membolehkan anda merakamkan gambar berbentuk bokeh menggunakan kamera hadapan.

Untuk rakaman kamera belakang, ia hadir dengan dwi-kamera gabungan 12MP + 5MP.

Redmi Y2

Menjana Xiaomi Redmi Y2 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 625, dan hadir dengan sistem operasi Android Oreo dilengkapi antaramuka MIUI 9.5.

Secara kasar, Xiaomi Redmi Y2 ini hadir dengan penawaran lebih kurang sama seperti Redmi S2. Xiaomi telah menjual Redmi S2 di Malaysia sejak awal bulan ini pada harga bermula RM679.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com