Xpax bawa K-Pop masuk Malaysia

Share Button

Xpax (Celcom) mempersembahkan sebuah kumpulan gadis hot dari Korea Selatan – Twice dan menawarkan tiket VIP untuk dimenangi sempena TWICELAND ZONE 2: Fantasy Park di Kuala Lumpur, untuk tempoh waktu terhad.

Xpax membawakan pengalaman Xtra hebat kepada peminat K-pop iaitu dengan menawarkan tiket Zon Xpax (Fantasy Zone) PERCUMA ke TWICELAND ZONE 2: Fantasy Park, termasuk peluang eksklusif untuk sesi ‘Hi-Touch’ bersama anggota TWICE semasa konsert.

Peminat TWICE berpeluang untuk mendapatkan tiket PERCUMA Xtraordinary ini dengan melanggan Peranti Pascabayar Xpax (umur 25 tahun ke bawah), dan menjawab soalan mudah serta melengkapkan slogan mengenai TWICE.

Xpax menyokong semua jenis genre muzik, selepas ia melancarkan jenama ciri khas gandingan SonaOne dalam muzik rap baru-baru ini. Sebagai sebuah jenama, Xpax memberikan kebebasan menjadi diri sendiri Xactly You dan meraikan keajaiban muzik. Dalam usaha berterusan untuk memberikan pengalaman pelanggan yang hebat, pengguna kini mempunyai peluang untuk menikmati keistimewaan VIP Xclusive dengan artis-artis Kpop kegemaran mereka di Malaysia, Xactly seperti yang mereka mahukan.

Pengguna Pascabayar Xpax akan menikmati diskaun lebih 50% untuk pembelian telefon pintar bersama pelan peranti Pascabayar Xpax, atau serendah RM29 sebulan melalui pelan pascabayar EasyPhone™ Xpax.

Dipersembahkan oleh Xpax dan dianjurkan oleh iMe Malaysia, TWICELAND ZONE 2 – Fantasy Park di Kuala Lumpur akan diadakan pada 28 Julai (Sabtu), 8.30 malam di Stadium Malawati, Shah Alam.

TWICE adalah sebuah kumpulan gadis Korea yang dibentuk di bawah JYP Entertainment dan menjadi terkenal selepas pelancaran single “Cheer Up” mereka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk memenangi tiket PERCUMA ke TWICELAND ZONE 2: Fantasy Park, lawati halaman Facebook Xpax (www.facebook.com/xpaxfb) atau kunjungi mana-mana cawangan bluecube Celcom di seluruh negara. Tiket peraduan adalah terhad.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.