Selain daripada Maxis, kini Celcom turut dilihat hadir dengan penawaran pakej pelan tanpa had mereka tersendiri untuk para pelanggan prabayar Xpax, membolehkan mereka menikmatinya pada harga serendah RM35 sebulan.

Melaluinya, Xpax menawarkan had kelajuan 3Mbps, dan menawarkan akses data tanpa had melaluinya.

Xpax Unlimited

Selain daripada itu, pelan ini dilihat turut hadir dengan penawaran panggilan tanpa had untuk semua rangkaian, selain penawaran hotspot dengan had 3GB pada kelajuan 3Mbps. Seperti biasa, selepas habis, sokongan hotspot akan dimatikan – dan pengguna boleh membuat pembelian pas tambahan.

Pelan ini juga turut hadir dengan sokongan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

Selain pas tanpa had untuk 30 hari, Xpax turut menawarkan pas 7 hari pada harga RM12 yang hadir dengan akses data tanpa had pada kelajuan 3Mbps, panggilan tanpa had, dan hotspot 1GB.

Layari : Xpax

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.