Memang lumrah manusia gemar menerima barangan percuma. Bagi pemilik peranti pintar, data amat penting bagi membolehkan pelbagai aktiviti dilakukan. Bagi pelanggan Xpax, mereka boleh menerima data percuma sebesar 1GB dengan setiap tambahan nilai minimum RM10 untuk pelan pra-bayar mereka.

Data ini hanya boleh digunakan dalam masa 24 jam sahaja pada mana-mana laman atau aplikasi yang ingin digunakan. Untuk menikmati data percuma pelanggan hanya perlu mendail 1181*6# selepas melakukan tambah nilai. Untuk terma dan syarat lebih lengkap anda boleh membacanya di pautan di bawah.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.