Peranti realiti maya sebelum ini memerlukan sebuah PC untuk berfungsi sebelum versi peranti pintar mula dihasilkan untuk kegunaan lebih meluas. Kemudian peranti realiti maya kendiri muncul di pasaran bagi membolehkan dunia maya diselami dengan lebih mudah dan pantas. XRSpace Mova ialah sebuah lagi peranti realiti terimbuh yang dilancarkan dan ia dibangunkan syarikat yang diasaskan oleh bekas CEO HTC Peter Chou.

Dengan Mova, pengguna boleh menyelami dunia maya yang diberi nama Manova. Seperti Oculus Quest, Mova mampu mengesan pergerakan jari pengguna dan tidak memerlukan alat kawalan fizikal khas untuk berinteraksi dengan dunia maya. Di dalam] Manova pengguna boleh membina avatar 3D peribadi untuk berinteraksi dengan pengguna Mova yang lain. Ini menyerupai dunia fantasi filem Ready Player One.

Mova dijana cip Snapdragon 845 dan dilengkapi memori sebesar 6GB RAM. Ia turut menyokong rangkaian 5G, LTE dan WiFi 6 secara terbina.  XRSpace Mova akan mula dijual pada suku ketiga 2020 pada harga $599 (~RM 2610) sebuah.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.