Yamaha Motor Membuat Pelaburan Strategik Pada Grab

Grab sedia mempunyai pelaburan daripada beberapa syarikat automotif, dan terkini, mereka turut mengumumkan pelaburan dan kerjasama strategik bersama salah satu pengeluar motosikal terkemuka, iaitu Yamaha Motor.

Yamaha Motor akan membuat pelaburan sebanyak $150 juta pada Grab, selain turut bekerjasama dalam berkongsi sejumlah perkara – termasuk memudahkan pembelian motosikal oleh para penunggang.

Untuk makluman, Grab mempunyai penawaran teksi-motorsikal di Indonesia, dan kerjasama ini semestinya mengukuhkan pihak mereka.

Pelaburan Yamaha Motor ini menyertai sejumlah pelaburan pihak lain, termasuk daripada Toyota, Hyundai dan Microsoft baru-baru ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.