YES Hadir Dengan Pelan 4G Tanpa Had Pada Harga Bermula Serendah RM46 Sebulan

YES merupakan salah satu penyedia talian telekomunikasi tempatan yang menawarkan perkhidmatan 4G LTE melalui perkhidmatan mereka. Terkini, hari ini pihak Yes mengumumkan penawaran pelan baru yang dinamakan sebagai YES Konfem 4G Postpaid.

YES 4G Unlimited

Melalui penawaran ini, Yes menyediakan tiga pilihan pelan baru, iaitu Yes Konfem Unlimited 49, Yes Konfem Unlimited 79 dan juga Yes Konfem Unlimited 69. Ketiga-tiganya hadir dengan penawaran pelan data tanpa had bulanan, dan membezakannya adalah penawaran kelajuan internet melaluinya.

YES 4G Tanpa Kontrak

Melalui pakej RM49 sebulan, pengguna menerima akses kelajuan sehingga 5Mbps, sementara untuk pakej RM69 pula pengguna menerima akses kelajuan sehingga 7Mbps. Pakej Unlimited 99 pada harga RM79 sebulan, pengguna boleh mengakses internet pada kelajuan tanpa had, dan tanpa kuota bulanan.

YES 4G Kontrak

Semua pakej hadir dengan pilihan tanpa kontrak. Sekiranya pengguna memilih pakej dengan pilihan mempunyai kontrak, pengguna boleh menerima rebat tambahan – selain pakej Unlimited 99 yang ditawarkan pada harga RM99 sebulan dengan pilihan panggilan tanpa had.

Bagi anda yang berminat dengan pakej baru ini, anda boleh menyemak promosinya melalui kedai YES terdekat anda hari ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.