Beberapa hari yang lepas, Yoodo telah mengalami masalah teknikal yang membuatkan pengguna tidak boleh menggunakan perkhidmatan untuk suatu tempoh yang lama.

Kini, disebabkan itu, pihak Yoodo memohon maaf kepada semua pengguna, dan menawarkan 3GB data percuma sebagai permohonan maaf.

Yoodo mengatakan data percuma ini akan dikreditkan secara automatik kepada semua akaun pengguna aktif pada 23 Mac 2021 kelak.

Pada masa yang sama, Yoodo mengatakan sekiranya pengguna masih menghadapi sebarang kesukaran dalam mengakses perkhidmatan, boleh menghubungi pihak Yoodo secepat mungkin.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.