Yoodo Menawarkan Pelan Data Tanpa Had Pada Harga RM35 Sebulan

Yoodo sebelum ini sedia popular dengan penawaran perkhidmatan telekomunikasi yang boleh disesuaikan berdasarkan penggunaan anda. Hari ini, mereka turut menambah satu lagi penawaran baru, iaitu kebolehan melanggan pelan data tanpa had.

Yoodo Unlimited RM35

Yoodo menawarkan dua pelan kelajuan dibawah pakej baru ini. Pelan data tanpa had 3Mbps ditawarkan pada harga RM35 sebulan, sementara data dengan kelajuan 6Mbps ditawarkan pada harga RM43 sebulan.

Yoodo turut menyertakan penawaran data hotspot sebanyak 2GB secara percuma, selain panggilan sebanyak 50 minit setiap bulan.

Bagi anda yang menggunakan Yoodo, boleh beralih kepada pakej tanpa had baru ini, dan tidak lagi perlu risau dalam penggunaan data harian anda selepas ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*