Yoodo sedia hadir dengan penawaran promosi langganan data berganda sebelum ini. Dalam perkembangan terkini, mereka dilihat hadir dengan promosi yang lebih menarik buat pengguna dengan menawarkan tambahan sebanyak 10GB data secara percuma bersama-sama dengannya. Promosi ini bermula hari ini dan pelanggan akan menerima data percuma sebanyak 10GB yang akan ditambah secara automatik.

Misalnya, jika anda menggunakan pelan data 10GB apabila pelan anda diperbaharui secara automatik selepas 2 Mac 2021 – anda akan menerima data sebanyak 20GB secara automatik tanpa perubahan harga – iaitu pada RM25. Begitu juga dengan seterusnya sehingga kadar data langganan maksimum 200GB untuk RM98 dan anda akan terima data sebanyak 210GB.

Promosi ini bagaimanapun tidak tersedia untuk langganan 2GB. Namun, Yoodo telah menambah langganan baharu iaitu sebanyak 6GB yang boleh didapati pada harga RM18. Promosi ini terbuka kepada semua pelanggan berdaftar Yoodo. Bagi yang bukan pengguna Yodoo, anda boleh mendaftar dengan Yoodo terlebih dahulu.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.